SESI PENYERAHAN
DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PTPTN akan datang ke UNITEN untuk tujuan 'Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman PTPTN'.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
KAMPUS PUTRAJAYA
Tarikh : 15 Oktober 2009
Tempat : DEWAN KULIAH COIT, UNITEN
Kehadiran: Wajib
TARIKH |
KUMPULAN
|
MASA
|
15 Oktober 2009 (sesi pagi)
15 Oktober 2009 (sesi ptg)
| IJAZAH & ASAS
IJAZAH & ASAS | 9.00 pagi
2.00 ptg |
nota: walaupun diadakan dua (2) sesi, semua pelajar DIKEHENDAKI DATANG pada sesi pagi untuk sesi penyerahan.
|
* Pelajar dinasihatkan hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas. Penyerahan dokumen perjanjian bermula pada jam 9.00 pagi pada sesi pagi. Pastikan anda hadir tepat pada masanya.
(borang pelepasan kuliah boleh diperolehi di kaunter yang ditetapkan pada tarikh berkenaan untuk dimajukan pada pihak pensyarah sekiranya diperlukan).
Untuk melicinkan proses penyerahan dokumen perjanjian, anda diingatkan agar mematuhi segala peraturan, syarat dan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN. KEGAGALAN SAUDARA/I DALAM MENYERAHKAN DOKUMEN PERJANJIAN & DOKUMEN SOKONGAN PADA PIHAK PTPTN BOLEH MENYEBABKAN KELULUSAN PINJAMAN PTPTN DIBATALKAN.
FINAL REMINDER
1. SILA RUJUK & BACA DENGAN TELITI SEGALA ARAHAN DALAM PANDUAN MENGISI
SURAT TAWARAN PINJAMAN MELALUI WEBSITE PTPTN.
- ISI DOKUMEN PERJANJIAN DENGAN SELENGKAPNYA TERUTAMA BAHAGIAN YANG PERLUKAN TANDATANGAN PELAJAR, PENJAMIN DAN SAKSI. SILA SELARASKAN SATU TARIKH YANG SAMA (SECARA KHUSUS) UNTUK SEMUA HELAIAN YANG PERLU DIISI TARIKH. SILA RUJUK KAEDAH UNTUK KAEDAH MATIKAN SETEM HASIL DALAM PANDUAN MENGISI SURAT TAWARAN PINJAMAN. MENGENAI SAKSI, SILA RUJUK SENARAI PEGAWAI YANG LAYAK (DALAM PANDUAN) UNTUK MENJADI SAKSI DOKUMEN PTPTN.
- SEMUA DOKUMEN PERJANJIAN DAN DOKUMEN SOKONGAN PERLU DISERAHKAN PADA PIHAK PTPTN UNTUK DISAHKAN TAWARAN PINJAMAN.
Untuk pertanyaan lanjut:
KAMPUS PUTRAJAYA:
Pn. Norma / Pn. Romaizu di Pusat HEP.
This message is automatically generated. Please do not reply.
No comments:
Post a Comment