SESI PENYERAHAN
DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PTPTN akan datang ke UNITEN untuk tujuan 'Penyerahan & Semakan Dokumen Perjanjian Pinjaman PTPTN'
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
KAMPUS PUTRAJAYA
Tarikh : 17 dan 18 Ogos 2010 (rujuk slot dibawah)
Tempat : Teater Perpustakaan (Library Theater), UNITEN
TARIKH | KUMPULAN | MASA |
17 Ogos 2010 (sesi pagi) 17 Ogos 2010 (sesi ptg) | ASAS ( COE ) ASAS ( COIT ) | 8.30 am 2.00 pm |
18 Ogos 2010 (sesi pagi) 18 Ogos 2010 (sesi ptg) | IJAZAH ( COE ) IJAZAH ( COIT ) | 8.30 am 2.00 pm |
* Pelajar dinasihatkan hadir mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti di atas. Penyerahan dokumen perjanjian bermula pada jam 8.30 pagi pada sesi pagi dan 2.00 petang pada sesi petang. Pastikan anda hadir tepat pada masanya.
(borang pelepasan kuliah boleh diperolehi di kaunter yang ditetapkan pada tarikh berkenaan untuk dimajukan pada pihak pensyarah sekiranya diperlukan.Pelepasan kuliah adalah tertakluk pada kelulusan pensyarah terlibat).
Untuk melicinkan proses penyerahan dokumen perjanjian, anda diingatkan agar mematuhi segala peraturan, syarat dan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN. KEGAGALAN SAUDARA/I DALAM MENYERAHKAN DOKUMEN PERJANJIAN & DOKUMEN SOKONGAN PADA PIHAK PTPTN BOLEH MENYEBABKAN KELULUSAN PINJAMAN PTPTN DIBATALKAN.
FINAL REMINDER
1. SILA RUJUK & BACA DENGAN TELITI SEGALA ARAHAN DALAM PANDUAN MENGISI
SURAT TAWARAN PINJAMAN MELALUI WEBSITE PTPTN.
- ISI DOKUMEN PERJANJIAN DENGAN SELENGKAPNYA TERUTAMA BAHAGIAN YANG PERLUKAN TANDATANGAN PELAJAR, PENJAMIN DAN SAKSI.
- SEMUA DOKUMEN PERJANJIAN DAN DOKUMEN SOKONGAN PERLU DISERAHKAN PADA PIHAK PTPTN UNTUK DIMUKTAMADKAN TAWARAN PINJAMAN.
Untuk pertanyaan lanjut:
KAMPUS PUTRAJAYA:
Pn. Norma / Pn. Romaizu di Pusat HEP.
This message is automatically generated. Please do not reply.
No comments:
Post a Comment