Sunday, August 16, 2009

STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL ELECTION

NOTIS PILIHANRAYA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Universiti Tenaga Nasional

(Perjalanan Pilihanraya)

UNTUK MEMILIH AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Urusetia Pilihanraya telah menetapkan untuk mengadakan Pilihanraya bagi memilih Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 bagi Kampus Putrajaya (K.01) dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS)(K.02).

  1. Penamaan Calon bagi Pilihanraya tersebut akan diadakan pada: 21 Ogos 2009 (Jumaat) di antara jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di Bilik BA-04-24, Bangunan Pengurusan (Kampus Putrajaya) dan Bilik Gerakan (KSHAS). Sekiranya Pilihanraya bagi kawasan berkenaan dipertandingkan, maka Pengundian atau "Hari Mengundi" akan diadakan pada: 27 Ogos 2009 (Khamis).

  1. Tiap-tiap Calon mestilah dinamakan dalam satu Borang Penamaan yang berasingan (dibuat dalam tiga salinan beserta 3 keping gambar berwarna). Borang Penamaan, Borang Akuan, Borang Ejen dan Buku Panduan dan Peraturan Pilihanraya MPP boleh didapati tanpa caj di tempat berikut:

a) Kampus Putrajaya

(i) Pusat Hal Ehwal Pelajar, Aras 2, Bangunan Pengurusan

(ii) Tingkat 6, Pejabat Pentadbiran, Kolej Teknologi Maklumat (COIT)

(iii) Kaunter COE, Aras Bawah, Bangunan Kolej Kejuruteraan (COE)

b) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

(i) Pejabat Pentadbiran

  1. Tiap-tiap salinan Borang Penamaan mestilah ditandatangani oleh seorang "Pencadang" dan seorang "Penyokong" yang berkelayakan untuk mengundi dalam Pilihanraya MPP dan persetujuan bertulis Calon mestilah dicatatkan di atasnya.

  1. Borang Penamaan Calon hendaklah disertakan bersama Surat Akuan yang ditandatangani oleh Dekan bagi Setiap Kampus dan mestilah diserahkan kepada pegawai-pegawai Pilihanraya yang bertugas di tempat Penamaan Calon.

  1. Calon yang telah didapati layak bertanding boleh diisytiharkan " Menang Tanpa Bertanding" bagi kawasan pilihanraya tersebut, jika jumlah Calon sah yang diterima untuk dipertandingkan tidak melebihi daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

  1. Pelajar-pelajar yang ingin bertanding sebagai Calon diingatkan supaya membeli " Buku Panduan dan Peraturan Pilihanraya MPP Sesi 2009/2010" dengan segera bagi memastikan percalonan Calon tidak ditolak di atas kesilapan-kesilapan mengisi borang atau perkara-perkara yang perlu disediakan (setiap Calon hanya layak bertanding dalam Pilihanraya MPP sekiranya memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK/CGPA) 2.50 bagi penilaian prestasi akademik terkini - sila lampirkan keputusan peperiksaan yang telah disahkan)

  1. Perjalanan Pilihanraya ini akan berpandukan perjalanan dan peraturan Pilihanraya Malaysia (Urusetia Pilihanraya berhak mengikuti peraturan ini setakat mana yang sesuai).

  1. Mulai tarikh notis ini dikeluarkan, maka Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional Sesi 2008/2009 serta Ahli Jawatankuasa di bawahnya dengan sendirinya DIBUBARKAN.

Tarikh : 17 Ogos 2009 ( Isnin )

Setiausaha,

Urusetia Pilihanraya MPP Sesi 2009/2010

ELECTION NOTICE

Student Representative Council (SRC)

Universiti Tenaga Nasional

Election for members of the Student Representative Council

The University Election Secretariat has decided to hold an Election to select new members for the Student Representative Council (SRC) for Putrajaya Campus (K.01) and Sultan Haji Ahmad Shah Campus (KSHAS) (K.02).

1. Nominations will be held on 21 August 2009 (Friday) between 9.00am to 12.00 noon in Room BA-04-24, Administrative Building (Putrajaya Campus) and Operation Room @ 'Bilik Gerakan' (KSHAS). If there is a contest, Election will be held on 27 August 2009 (Thursday).

2. Each candidate must complete 3 copies of the nomination form and attach 3 passport- sized colour photographs. All necessary forms and election guidelines are not chargeable at any cost and can be obtained from the following counters:

a) Putrajaya Campus

(i) Student Affairs Centre, Level 2, Admin. Building

(ii) Level 6, Admin. Building, College of Information Technology (COIT)

(iii) COE Counter, Ground Floor, College of Engineering (COE)

b) Sultan Haji Ahmad Shah Campus

(i) Administration Office @ 'Pejabat Pentadbiran'

3. Each nomination form must be signed by a Nominator and a Seconder who are also eligible to vote in the said elections. There must be a written consent by the Candidate which must be stated in the said form.

4. The nomination form must be submitted with the declaration form, signed by the Dean of the relevant colleges, to the Election Officers on Nomination Day.

5. If the number of candidates does not exceed the number of seats, the eligible candidates will be declared winners without contest.

6. Students who are interested to be nominated are advised to collect the SRC Election Guidelines. (Each candidate must obtain a CGPA of 2.50 and above to compete in the SRC Elections - kindly enclose a certified true copy of your latest examination results)

7. The running of this SRC Elections is guided by the rules of the National Elections of Malaysia. The Secretariat has the right to follow the rules which is suitable to the university.

8. With this notice, we hereby declare the Student Representative Council, 2008/2009 Session officially DISSOLVED.

Date: 17 August 2009 (Monday)

Secretary

SRC Election Committee, 2009/2010 Session



This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment