Sunday, April 11, 2010

MENCARI BAKAT BARU - AHLI KUMPULAN GEMATARI UNITEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Unit Sukan & Kebudayaan sedang mencari bakat baru untuk menjadi ahli Kumpulan GEMATari Uniten . Kumpulan ini merupakan Kumpulan Tari Rasmi Universiti bagi persembahan kesenian dan kebudayaan. Antara persembahan yang pernah dilaksanakan adalah :

1. Persembahan peringkat universiti

- Hari Terbuka Uniten

- Majlis Hari Raya Uniten

- Karnival Sukan Mahasiswa Uniten

- Kejohanan Olahraga Uniten

- Rowing Invitational

- Majlis-majlis Rasmi anjuran UNITEN

2. Persembahan untuk TNB

- Majlis Anugerah Khidmat Setia TNB

- Karnival Sukan TNB

- Majlis makan malam anjuran TNB

- Majlis-majlis rasmi anjuran TNB

3. Persembahan untuk Kementerian

- Expo Kementerian Pengajian Tinggi

- Karnival Sukan MASISWA

- Program 1 Malaysia

4. Persembahan untuk pelbagai organisasi serta mewakili UNITEN ke Festival dan Program IPT lain

Apa yang anda akan perolehi nanti :

- Mewakili Universiti Tenaga Nasional

- Mata 'run' di dalam SCORUN bagi kategori Kesenian & Kebudayaan untuk setiap penglibatan .

- Salah satu kriteria untuk mendapat tempat di penginapan adalah pelajar yang aktif.

- Peluang untuk membuat persembahan di pelbagai tempat.

- Waktu latihan adalah fleksibel bergantung kepada jadual ahli kumpulan serta tarikh persembahan

- Peluang untuk mengikuti kelas persediaan diri (cara dan teknik solekan, pemakaian serta aksesori)

- Peluang untuk mempelajari pelbagai genre tarian (Namun fokus adalah tarian merangkumi pelbagai budaya 1 Malaysia)

- Menambah pengalaman serta rakan baru

- Elaun untuk latihan atau persembahan di dalam waktu cuti semester

Kiteria Pemilihan :

1. Boleh menari (walaupun tidak pandai)

2. Tidak perlukan pengalaman . Asalkan sanggup untuk belajar.

3. Kepada yang mempunyai pengalaman, ia adalah bonus.

4. CGPA mestilah 2.0 ke atas

5. Tidak ada apa2 rekod kesalahan tatatertib.

6. Terbuka kepada semua pelajar berdaftar UNITEN . Penyertaan bukan Melayu amatlah dialu-alukan.

Emailkan butiran anda jika berminat :

1. Nama

2. No Id

3. No Telefon

4. Pengalaman (jika ada)

Tarikh, masa dan tempat ujibakat akan dimaklumkan melalui email selepas anda menghantar butiran yang telah disenaraikan di atas.

Untuk melihat gambar-gambar persembahan sebelum ini di FACEBOOK : GEMAUNITEN

Penyertaan mahupun kemusykilan boleh diemailkan ke nurshazura@uniten.edu.my

Terima kasih

"Salam harmoni dalam tradisi"

Nur Shazura Roslan

Pegawai Kebudayaan

Unit Sukan & Kebudayaan (USK)

Universiti Tenaga Nasional

Km. 7 Jalan Kajang-Puchong

43009 Kajang

Selangor.

Tel: 60389212020 ext. 1131

Faks: 60389266437

nurshazura@uniten.edu.my



This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment