Sunday, January 3, 2010

Malaysian only - MASALAH STATUS KEPUTUSAN PTPTN

KEPUTUSAN PERMOHONAN ONLINE PTPTN

(tarikh tutup permohonan 15 Disember 2009 - PERMOHONAN PERTAMA UNTUK SEMESTER NOVEMBER 2009)

Email pihak PHEP bertarikh 22 Disember 2009 pada semua pelajar mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak PHEP mendapati ada kumpulan pelajar yang membuat permohonan tetapi tidak ada status keputusan (sama ada berjaya atau gagal permohonan). Perkara ini telah dirujuk pada pihak PTPTN.

Berikut adalah penjelasan pihak PTPTN:

Pihak PTPTN menjelaskan bahawa bagi pelajar yang membuat permohonan kali kedua (dari peringkat Asas/Diploma ke Ijazah) tidak dapat diproses seperti pelajar lain disebabkan faktor 'sistem permohonan' tidak dapat memproses permohonan baru pelajar sekiranya pelajar telah menerima pinjaman PTPTN sebelum ini sama ada di peringkat Asas atau Diploma.

Sebagai jalan penyelesaian, pihak HEP perlu mengumpulkan nama pelajar yang membuat permohonan kali kedua dan seterusnya pihak HEP akan memajukan senarai nama pelajar terlibat kepada PTPTN untuk pihak PTPTN memajukan nama berikut kepada pihak vendor untuk diambil tindakan lanjut. Permohonan pelajar akan diproses secara manual iaitu berdasarkan senarai nama yang diberi.

Oleh itu kepada para pelajar terlibat (yang membuat permohonan tetapi tidak ada status keputusan), sila beri nama; no. kad pengenalan; no. telefon DENGAN KADAR SEGERA!! (selewat-lewatnya pada 7 Januari 2010)

kepada:

Pn. Norma / Pn. Romaizu di Pusat HEP (BAGI PELAJAR DI KAMPUS PUTRAJAYA)

En. Rashid Ka / Pn. Norsuhana di Unit HEP (BAGI PELAJAR DI KAMPUS MUADZAM)

Pusat Hal Ehwal Pelajar

Universiti Tenaga Nasional

31 Disember 2009



This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment