Thursday, January 7, 2010

PTPTN ONLINE APPLICATION (for local students only)

PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)

KEPADA PARA PELAJAR UNITEN YANG INGIN MEMOHON PTPTN, SILA RUJUK PERINGATAN DIBAWAH:

TARIKH TUTUP BAGI UNITEN : 15 JANUARI 2010 (PERMOHONAN KALI KEDUA, SEMESTER NOV 2009/2010)

PERINGATAN:

  1. Laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 6 dan ke atas.
  2. Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pinjaman PTPTN.
  3. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):
    1. Memenuhi syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN.
    2. Mempunyai No. Pin yang boleh diperolehi dari Bank Simpanan Nasional (BSN). No. Pin hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan (Pendaftaran Kali Pertama).
    3. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing (UNITEN : akaun bank CIMB).
    4. Mempunyai alamat e-mail yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
    5. Menyelesaikan keseluruhan hutang pinjaman terdahulu sekiranya pernah mendapat pinjaman PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pinjaman.
  4. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.
  5. Pemohon boleh membuat pindaan pada mana-mana maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Walaubagaimanapun, pemohon hendaklah menghantar semula permohonan tersebut setiap kali membuat pindaan. Permohonan tersebut akan membatalkan permohonan terdahulu dan dianggap sebagai permohonan baru.
  6. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan memilih butang DAFTAR pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA. Pemohon tidak perlu memilih butang tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan dan memilih butang DAFTAR MASUK).
  7. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2092 7788 atau emel kepada webmaster@ptptn.gov.my.

UNTUK PERMOHONAN PTPTN (online)

sila layari

http://epinjaman.ptptn.gov.my

atau

http://202.184.125.150/

Pusat Hal Ehwal Pelajar

UNITEN

Disember 2009



This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment