Tuesday, July 27, 2010

PERMOHONAN PTPTN (for Malaysians only)

PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)

KEPADA PARA PELAJAR UNITEN YANG INGIN MEMOHON PTPTN, SILA RUJUK PERINGATAN DIBAWAH:

TARIKH TUTUP BAGI UNITEN : 15 OGOS 2010

PERINGATAN:

  1. Sila layari laman web PTPTN untuk membuat permohonan secara online.
  2. Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
  3. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):
    1. Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
    2. Mempunyai No. Pin yang boleh diperolehi dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
    3. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. (UNITEN : akaun bank CIMB).
    4. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
    5. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
  4. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.
  5. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor pin pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG MASUK).
  6. Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor pin yang baru untuk membuat permohonan baru.
  7. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2092 7788.


This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment