Wednesday, August 11, 2010

NOTIS PILIHANRAYA MPP/ SRC ELECTION NOTICE

NOTIS PILIHANRAYA MPP

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

SESI 2010/2011

(Perjalanan Pilihanraya)

OBJEKTIF: UNTUK MEMILIH AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Urusetia Pilihanraya telah menetapkan untuk mengadakan Pilihanraya bagi memilih Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 bagi Kampus Putrajaya (K.01) dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) (K.02).

1. Penamaan Calon bagi Pilihanraya tersebut akan diadakan pada: 19 Ogos 2010 (Khamis) di antara jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di Bilik BA-04-24, Aras 4, Bangunan Pengurusan (Kampus Putrajaya) dan Bilik Gerakan, Aras 3, Wisma Sultan Ahmad Shah (Kampus Sultan Haji Ahmad Shah). Sekiranya Pilihanraya bagi kawasan berkenaan dipertandingkan, maka Pengundian atau "Hari Mengundi" akan diadakan pada 25 Ogos 2010 (Rabu).

2. Tiap-tiap Calon mestilah dinamakan dalam satu Borang Penamaan yang berasingan (dibuat dalam tiga salinan berserta 3 keping gambar berwarna). Set Borang Penamaan dan Buku Panduan serta Peraturan Pilihanraya MPP boleh diperolehi dengan percuma di lokasi berikut:

a) Kampus Putrajaya

(i) Kaunter Pusat Hal Ehwal Pelajar, Aras 2, Bangunan Pengurusan

(ii) Kaunter Pejabat Pentadbiran, Aras Bawah, Blok BN, Kolej Kejuruteraan

(iii) Kaunter Pejabat Pentadbiran, Aras 6, Blok BW, Kolej Teknologi Maklumat

b) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

(i) Kaunter Unit Hal Ehwal Pelajar, Aras 2, Bangunan WISMA Sultan Ahmad Shah

3. Setiap salinan Borang Penamaan mestilah ditandatangani oleh seorang "Pencadang" dan seorang "Penyokong" yang berkelayakan untuk mengundi dalam Pilihanraya MPP. Persetujuan bertulis Calon mestilah dicatatkan di atasnya.

4. Borang Penamaan Calon hendaklah disertakan bersama Surat Akuan yang ditandatangani oleh Dekan atau wakil Dekan bagi setiap kampus dan mestilah diserahkan kepada pegawai-pegawai Pilihanraya yang bertugas di tempat Penamaan Calon.

5. Calon yang telah didapati layak bertanding boleh diisytiharkan "Menang Tanpa Bertanding" bagi kawasan pilihanraya tersebut, jika jumlah "calon sah" yang diterima untuk dipertandingkan tidak melebihi daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

6. Pelajar-pelajar yang ingin bertanding sebagai calon diingatkan memahami dan mematuhi peraturan yang termaktub dalam "Buku Panduan dan Peraturan Pilihanraya MPP Sesi 2010/2011". Pemahaman dan pematuhan peraturan yang ditetapkan adalah penting bagi memastikan pencalonan calon tidak ditolak di atas kesilapan-kesilapan mengisi borang atau pelanggaran mana-mana syarat yang ditetapkan.

7. Perjalanan Pilihanraya ini adalah berpandukan perjalanan dan peraturan Pilihanraya Malaysia. Walaubagaimanapun, Urusetia Pilihanraya berhak meminda mana-mana peraturan mengikut kesesuaian atau keperluan semasa.

8. Mulai tarikh notis ini dikeluarkan, maka Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional Sesi 2009/2010 serta Ahli Jawatankuasa di bawahnya dengan rasminya DIBUBARKAN.

Tarikh : 12 Ogos 2010 (Khamis)

Pengarah

Pusat Hal Ehwal Pelajar,

Merangkap Ketua Urusetia Pilihanraya 2010/2011

SRC ELECTION NOTICE

STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL (SRC), UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

2010/2011 SESSION

Election for members of the Student Representative Council

OBJECTIVE: TO ELECT NEW LINEUPS OF THE STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL

The University Election Secretariat has decided to hold an Election to select new members for the Student Representative Council (SRC) for Putrajaya Campus (K.01) and Sultan Haji Ahmad Shah Campus (KSHAS) (K.02).

1. Nominations will be held on 19th August 2009 (Thursday) between 9.00 am to 12.00 noon in Room BA-04-24, Level 4, Administrative Building (Putrajaya Campus) and Operation Room @ 'Bilik Gerakan', Wisma Sultan Ahmad Shah (Kampus Sultan Haji Ahmad Shah). If there is a contest, the Election will be held on 25th August 2010 (Wednesday).

2. Each candidate must complete 3 copies of the nomination form and attach 3 passport- sized colour photographs. All necessary forms and election guidelines are not chargeable at any cost and can be obtained from the following counters:

a. Putrajaya Campus

i. Administration Counter, Student Affairs Centre, Level 2, Administration Building

ii. Administration Counter, Level 6, BW Block, College of Information Technology

iii. Administration Counter, Ground Floor, BN Block, College of Engineering

b. Sultan Haji Ahmad Shah Campus

Student Affairs Unit Office, Level 2, Wisma Sultan Ahmad Shah, KSHAS

3. Each nomination form must be signed by a "Nominator" and a "Seconder" who are also eligible to vote in the said elections. There must be a written consent by the "Candidate" which must be stated in the said form.

4. The nomination form must be submitted with the declaration form, signed by the Dean or Dean's Representative of the relevant colleges, to the Election Officers on Nomination Day.

5. If the number of candidates does not exceed the number of seats, the eligible candidates will be declared winners without contest.

6. Students who are interested to be nominated are advised to collect the SRC Election Rules & Guidelines 2010/2011 session. Failure to understand and abide to the rules may cause difficulties in completing the nomination forms or nomination may be rejected.

7. The running of this SRC Elections is guided by the rules of the National Elections of Malaysia. The Secretariat has the rights to make necessary amendment to the procedures as required.

8. With this notice, we hereby declare the Student Representative Council, 2009/2010 Session officially DISSOLVED.

Date: 12th August 2010 (Thursday)

Director

Student Affairs Centre,

Cum Chairman Election Committee 2010/2011



This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment