Wednesday, August 25, 2010

Pinjaman Pelajaran Ker.Selangor (for Malaysians)

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SESI KEDUA TAHUN 2010

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Kedua Tahun 2010.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau

(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/Penghulu/ Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

2. Tawaran tersebut adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan)

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor:

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian

Kelayakan Akademik

Ijazah Pertama

Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau

Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.

Diploma

Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau

Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Sijil IPTA

Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.

Sijil IPTS

(bidang kemahiran & teknikal sahaja)

Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM 1.00 beralamat sendiri serta no.telefon untuk dihubungi beserta wang pos/money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 SHAH ALAM.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 OKTOBER 2010 (JUMAAT). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-5521 2275 ATAU 5544 7480 / 7543.

3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my



This message is automatically generated. Please do not reply.

No comments:

Post a Comment